Feb 25, 2013

Kek Coklat Moist: Coklat & Buttercream Topping

Assalam pengunjung Koleksi Adzleyna :)

Macam dah agak lama dah tak update blog ini sbb lepas Lina pulang ke kampung halaman di Johor. Lama dah tak jenguk  keluarga di Johor, terus bizi dgn hal-hal keluarga.

Oklah....entry ni nak kongsi cerita pasal slice kek coklat moist. Untuk topping, Lina salutkan dengan dark chocolate dan sebagai tambahan, chocolate buttercream di piping kan...everything is chocolate...;)

Normally..untuk topping Lina suka gunakan Selbourne Dark Chocolate. Pada Lina, ianya sangat serasi (# ikut tekak masing-masing yer...:)...).Kemanisan n kelemakkan moist cake seperti diciptakan bersama untuk serasi dengan coklat ini....hahahahahaa....Apapun terpulang pada citarasa masing-masing....;)

Untuk kek pula, Lina akan gunakan koko Van Houten. Setakat ini, Lina rasa serbuk koko ini yang paling sedap. If nak guna yang lain pun boleh...no prob...

Amacam....nampak menyelerakan kan....;)

Top view keseluruhan kek

Kek dan teh, yummy :)

Jemput makan :D

Yang ini pula, kek coklat moist yang terus dibuat di dalam tupperware. Both topping dark choc, but satu bekas letak choc rice. Ternyata kek choc moist ini jika letak topping dark choc....memang yummy...kejap jer dah licin...Alhamdulillah....;)


As usual....pada sesiapa yang berkenan boleh buat tempahan pada kami...nak plain boleh or untuk deco dijadikan birthday cake or hantaran or wedding cake pun boleh...InsyaAllah...;)

Wassalam.

Untuk tempahan Kotak Custom Made klik sini

Untuk Tempahan Cheese Tart klik sini

Untuk Tempahan Kek Lapis klik sini



Feb 12, 2013

Kotak Custom-made (Soft Box): How To Make - Part 2

Assalam semua, seperti yang diwar-warkan, Kotak Coklat (Soft Box): How To Make - Part 2.

Pada entry sebelum ini, dah sampai pada proses glue plastik pada permukaan atas kotak. Seterusnya, proses gam dan cantum. Nak guna gam aper...terpulang, selalunya if nak cepat Lina akan guna gam UHU. Senang, cuma kena hati-hati dan pantas. Sebagaimana sedia maklum, gam ini agak cepat mengering.


 Gam pada bahagian yang telah ditetapkan.


 Cantumkan bahagian yang telah digam.


Pastikan bahagian yang bercantum tidak senget.


Tekan few seconds pada bahagian yang telah dicantumkan untuk memastikan ianya bercantum dengan sebaiknya.


Kotak yang telah siap sebelum ditutup.


Kotak yang telah siap sepenuhnya sebelum decoration process.



Untuk decoration, terpulang pada citarasa masing-masing. Nak guna puncher boleh, nak lakar sendiri pun boleh. Untuk kotak kecil biasanya Lina akan guna puncher yang ader dalam pasaran. Tak susah nak dapat...kat kedai-kedai stationery biasanya ader.


Love puncher.


Ala-ala renda ribbon kan...actually stock card purple colour.



Last sekali, hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.

So, macam maner kawan-kawan semua? Semuga perkongsian ini akan dapat membawa manfaat kepada kita semua.

Part 1 dan Part 2 nie adalah panduan secara ringkas proses pembuatan kotak ini. Pembuatan secara details akan Lina kongsikan dalam e-book kami yang akan siap tak lama lagi. Dalam e-book ini, mengandungi perincian berkenaan tools, pengukuran, cara pemotongan, pemilihan material yang sesuai dan sebagainya. Serta, segala tips yang perlu untuk menjadikan kotak buatan anda suatu yang kemas dan cantik. I'Allah ;)


Feb 11, 2013

Kotak Custom-made (Soft Box): How To Make - Part 1

Soft Box saiz 8cm x 8xm x 3cm..sesuai untuk coklat praline 4 cavity


Assalam semua...comei tak kotak dlam picture ini ? Atas permintaan ramai....dok asyik tanya macam maner nak buat kotak-kotak custom-made ini...meh baca seterusnya...Lina nak habaq mai camner nak buat yer....;)

Sebelum membuat kotak seperti yang diinginkan, make sure kita tahu apa yang kita ingin isi dalam kotak kerana ianya akan mempengaruhi pemilihan material yang akan digunakan. Setelah itu, lakaran awal kotak perlu ader, tapi, kalau yang dah terer buat imagine nie, tak perlu lakaran pun ok. But, bagi Lina lagi mudah if kita buat lakaran, akan nampak lagi jelas (ader paham ker...lina ni tak berapa reti nak explain...hihiihiii...)

Dah dapat gambaran awal kotak, kena tentukan nak guna material dari aper. Normally Lina guna cardboard or stockcard. Stockcard ini ader macam-macam saiz dan ketebalan, terpulang pada kita nak guna  yang maner satu.



Dah dapat material yang sesuai, proses seterusnya adalah pengukuran. Disinilah pentingnya lakaran awal kotak, kita akan tau every side yang perlu diukur, dipotong, dilipat dan digam. Pengukuran kena tepat, if not, kotak akan tak berapa nak jadi...base on experience...sometimes..tak boleh nak pasang.That's why normally kalau hard box, husband akan ukur...dia lebih accurate dari Lina...;)


So, bila dah ukur dan kenal pasti bahagian yang perlu dipotong,dilipat dan digam/cantum proses seterusnya adalah memotong bahagian yang perlu. Nak potong nie terpulang nak guna aper. Biasanya Lina akan depends pada material...pisau atau gunting.

Macam yang Lina mention sebelum ini, selain pengukuran...pemotongan juga perlu tepat dan teliti. Lagi satu, perlu hati-hati...kang ader plak yang terpotong / terhiris tangan.


So, ini adalah potongan kotak yang dah hampir siap.

 
Proses melipat kotak bermula


  Yang ini pula, kotak yang telah siap proses pemotongan dan melipat. Dah mula nampak rupa kotak..;)


Kali ini proses pemotongan plastik untuk diletakkan pada permukaan atas kotak

Plastik yang akan dipotong setelah proses pengukuran selesai


Proses penampalan plastik pada permukaan atas kotak.


Untuk proses seterusnya, sampai jadi kotak sepenuhnya...nantikan part 2: Kotak Costume-made (Soft Box): How To Make...;)

So, for this entry cukup setakat ini saja. Kalau ader sebarang pertanyaan or tak paham ker...jangan shy2 nak tanya yer...hihhihii...;)

Pada yang nak order pun boleh, dialu-alukan call/sms/inbox kami di fb Koleksi Adzleyna.

Assalam

Update: Kotak Custom-made (Soft Box): How To Make - Part 2



Feb 2, 2013

Sponge Cake: Chocolate Tsunami



Sponge cake yang dilanda tsunami....;)
Assalam semua readers.....,kali nie kita start dengan gambar dulu...kenapa Lyna kata coklat tsunami??? Eeerrrmmmm....rasanya...boleh ler masing-masing teka kenapa yer....hahahahahaha....;)
Nie nak story kisah kenapa Lyna panggil tsunami.....;)

Tersebutlah kisah satu cerita....ader sedara mara dari Pulau Pangkor datang bertandang. Sebagai buah tangan sebelum pulang...berhajatlah kekononnya nak buatkan kek sponge coklat...
Nak buat kek sebelah malam...xberkesempatan...ada hal-hal yang menghalang....so that morning...memang terkocoh-kocoh buatkan...dalam few hours...bancuh,bakar and topping...
Kek tak setting lagi dah topping bc and pastu terus topping coklat...then bila hentak-hentak nak bagi rata coklat...habis bc naik....kui...kui...kui...padan muka ambo...dah tak lawa kek ambo....nak buat lagu mana yer tak....hik...hik...hik...;)

Encik suami ler yang menggelarnya...coklat tsunami...;)

main tepek jer chocolate rice...nak cepat...;)
So, itulah kisah di sebalik kek ini. Alhamdulillah, rasa memang tak pernah mengecewakan...mak lang kata sedap...walaupun tak seindah rupa...hihihihii....belajar dari pengalaman...
Sepanjang hidup ini penuh dengan pembelajaran dan pengajaran...;)

Oklah uols, setakat ini saja,sekali lagi...kepada yang berminat jangan segan-segan contact kami untuk further discussion yer...;)

Wassalam

Suka Kami di Mukabuku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...