May 13, 2013

Birthday Cake: Warna-Warni Hari Lahir

Assalammualaikum, terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membaca coretan di blog ABC nie. Kali ini, Lina nak publish berkenaan kek hari lahir ini. Kek sponge vanilla dengan topping buttercream untuk pelajar prasekolah di SK Besout 5, Nabilah, Dani, Syahmi dan Jannah.

Untuk anak-anak biasanya mereka suka yang berwarna-warna dan krim. Jadi, Lina hiaskan dengan gula-gula berwarna-warni di sekeliling permukaan atas kek.


Selamat Hari Lahir Nabilah, Dani, Syahmi dan Jannah.


Coklat rice dan gula-gula di tepi kek


Alhamdulillah, seperti biasa mereka yang berminat, sila klik untuk hubungi kami.

Sekian, wassalam

May 7, 2013

Hantaran Pertunangan: Cheese Tart In Da Box

Assalammualaikum....bersiaran sekali lagi dikesempatan kali ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah. Terima Kasih Ya Allah atas kesempatan ini.

Kali ini, Lina nak cerita pasal cheese tart pula. Tempahan dari Kak Nurul di Ipoh, Perak. Actually, Kak Nurul tempah 60 bji cheese tart mix filling. 30 biji untuk makan-makan and another 30pcs untuk hantaran pertunangan dengan tema pink.

Kata kak Nurul, buatlah ikut suka yang penting cantik. InsyaAllah kak Nurul...another 30pcs Lina tak publish disini kerana, sama jer packingnya. hanya hantaran ini yang berlainan. Kotak juga custom made by Adzleyna Bakery & Craft (ABC).



 Tema Pink dan kotak hardbox dengan corak single love.

 Lorekan bunga pada cheese tart memang khas untuk tempahan hantaran.


 Tulisan Selamat Bertunang 20 April 2013 dari buttercream


Alhamdulillah, terima kasih Kak Nurul atas tempahan dan terima kasih juga atas tempahan yang berulang. Alhamdulillah.

Oklah, seperti biasa kepada yang berminat dengan produk ABC, boleh hubungi kami melalui fb or e-mail or telefon kami terus. InsyaAllah kami menyediakan produk dengan harga yang berpatutan.

Sekian, Wassalam

May 1, 2013

Kek Hari Lahir: Sponge Cake & Chocolate Topping


Assalammualaikum....lama sungguh tak update blog. Kekangan masa yang agak menjerat...hihihihi..ok...kali ini Lina terus masuk topik kali ini. Kek sponge oren dengan topping dark chocolate untuk birthday Ain Nadia yang ke 12. Happy Birthday Nadia.


Hiasan permukaan kek dikelilingi oleh milk chocolate berbentuk biji kopi. Nadia nie sebenarnya suka warna biru. Memula tu plan nak buat topping buttercream, tapi Nadia nie tak berapa gemar ngan krim, so krim kita gunakan sebagai hiasan sahaja.


Permukaan topping yang banyak bubble...nampak macam corak plak kan...hihihihhi...;)


Lovely from Azlina, kek istimewa untuk Nadia dari her best friends.


Oklah semua setakat itu, untuk kali ini. Constraint masa membuatkan, coretan terhad dan insyaAllah...lain masa kita akan bersua lagi di alam maya ini.

Seperti biasa, untuk mereka yang berminat dengan produk kami, jangan lupa untuk terus contact kami di fb - Adzleyna Bakery & Craft (ABC) or email di adzleyna.enterprise@gmail or boleh terus call kami di talian 012-5316898 / 017-7356219

Sekian...Wassalam

Suka Kami di Mukabuku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...