Nov 18, 2012

Let's Go Fishing: Pulau Pangkor

Assalam,

                 Penghujung bulan October yang lepas kami berpeluang untuk pulang ke kampung di Pulau Pangkor, Perak untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan saudara sebelah hubby. Mula-mula plan untuk shoot gambar pengantin, tapi last-last decide untuk lepak sahaja atas pelantar (jeti) kepunyaan sepupu hubby sambil menikmati pemandangan dan menghirup bayu laut sekitar Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor.

 Pemandangan laut dari pelantar di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor


Pemandangan Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor

 
 Sedang lepak di atas pelantar dengan Akif

 
                 Afif dan hubby pulak tak melepaskan peluang untuk memancing sekitar pelantar. Dapat jugak la seekor dua ikan 'Batu Damar' buat lepas gian memancing.

Afif berjaya menaikkan seekor ikan 'Batu Damar'


Kekili Shimano Soltace 2000 kepunyaan hubby



                 Kepada sesiapa yang kaki memancing, sepupu hubby yang bernama En. Muhammad Sani Bin Yusof / En. Muhammad Nazri Bin Yusof ada menyediakan perkhidmatan sewa bot untuk memancing di sekitar Pulau Pangkor seperti ke Pulau Sembilan, Pulau Dua, Pulau Temorak / Jarak dan sebagainya dengan kadar sewa bermula daripada RM1300 untuk 24jam. Umpan (bottom fishing), makanan (dimasak oleh kapten bot) dan tempat tidur disediakan untuk kaki-kaki pancing. Bot pula boleh memuatkan diantara 10~12 orang kaki pancing. Boleh hubungi 012-428 1982/ 012-599 7864 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan.

Bot di parking bersebelahan pelantar


Tangga disediakan untuk ke bot dari pelantar


Ruang tengah bot (dek) cukup luas untuk meletak peralatan memancing


Bahagian 'ibu' bot yang boleh digunakan untuk berlindung jika hujan / ribut


Bahagian hadapan bot


Bahagian belakang bot


Air bersih untuk kegunaan pemancing



Bahagian dapur untuk memasak (maggie)


Tempat berehat / tidur / untuk pemancing yang mabuk laut :)


Bahagian tepi bot


Tandas awam


Kawasan memancing di hadapan Teluk Nipah


 Kawasan memancing di Batu Orang Tua


 Kawasan memancing di hadapan Pangkor Laut Marina Beach Resort


Kawasan memancing di Pulau Dua


Kawasan memancing di Pulau Sembilan



Kawasan memancing di Pulau Temorak / Jarak









             




p/s: update kali ni memang untuk tolong iklan bot memancing sepupu hubby :D


4 comments:

  1. salam,kenal..trjumpa blog ni msa google2 on pulau pangkor..jmput follow kmbali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Terima kasih kerana melawat :) In shaa Allah, akan follow kembali.

      Delete
  2. al-fatihah dan takziah pd makcik kedai tu .....

    ReplyDelete
  3. Jeti tempat naik bot kat mana

    ReplyDelete

Suka Kami di Mukabuku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...