Apr 22, 2013

Hantaran Majlis Pertunangan: Pasu Bunga Coklat Bar

Assalammualaikum all bloggers and silent reader. Terima Kasih Allah atas kesempatan yang diberikan....;)
Masih lagi entry berkaitan hantaran. Kali ini hantaran dari pihak teruna kepada si gadis jelita...;).  Mini coklat bar disusun dalam bentuk heksagon dan rimbunan bunga di tengah-tengah laman hantaran.


Pembalut coklat dengan warna dan corak senada dengan board kotak. Aturan bunga-bunga kecil disusun pada setiap penjuru coklat. Bunga yang sama juga diletakkan pada posisi tengah dalam rimbunan artificial bunga di tengah-tengah susuna aturan coklat.




Bunga plastik dengan warna senada dipilih untuk menghiasi kekosongan ditengah-tengah susunan coklat berbentuk heksagon.





Setiap penjuru dihiasi dengan potongan daun berwarna gold untuk mengisi kekosongan


Alhamdulillah, setakat ini untuk kali ini.InsyaAllah semuga berjumpa lagi di coretan yang akan datang...InsyaAllah.
Hubungi kami untuk pertanyaan segala perkhidmatan dari Adzleyna Collection dan jangan lupa untuk like fb page kami : Adzleyna Bakery & Craft.

Assalam.







Apr 15, 2013

Hantaran Majlis Pertunangan: Coklat Bar In Love

Assalammualaikum semua pengunjung blog. Alhamdulillah...segala puji bagi Allah atas segala perancangan-Nya yang teratur dan terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Entry kali ini berkaitan hantaran pertunangan Coklat bar. Tema warna - Coklat Gold. Coklat bar dengan saiz 'm' dan wrapper warna kuning dihiasi dengan ribbon coklat dan gold.




Kotak untuk isi coklat berbentuk love, diselimuti dengan material yang sama pada tapak kotak dan dihiasi dengan ribbon warna coklat dan juga rantai manik berwarna emas.




Artificial Flower (nama moden...hihiihihihi), biasanya dipanggil bunga plastik ajer, dipilih sebagai hiasan dengan tona warna yang berlainan untuk kelihatan lebih menonjol. Merah dan pink. Actually bunga warna pink Lina nak tampal hingga ke bucu Love di depan, tapi kekurangan pula. So, kita menggunakan aper saja yang ader. Dan inilah hasilnya. Alhamdulillah. I love it...;)




Seperti biasa, jangan malu untuk contact kami bertanyakan tentang perkhidmatan yang kami sediakan. Kami beroperasi di Felda Besout 5, Sungkai Perak bukan lagi di Kluang, Johor. InsyaAllah, ketemu lagi di alam maya dengan entry seterusnya. InsyaAllah.

Assalam.


Apr 9, 2013

Kek Span: Cream Cheese Topping


Assalammualaikum semua...bersiaran sekali lagi hari ini...dah lewat petang. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk mencoretkan warna-warni kehidupan di dalam blog ini..syukur Alhamdulillah.

Orait...anak-anak tengah tidur lagi, actually dalam proses mengajar si kecil, Muhammad Akif Alfatih untuk tidur bawah...bukan lagi dalam buaian...Alhamdulillah...sejujurnya bukan mudah...hihihihi...;)

Untuk tidur lama, perlukan suasana sekeliling yang sunyi sepi, hanya kedengaran suara-suara unggas berdendang...hihihihii...;)...one more...cuaca pula tak boleh panas...Alhamdulillah kebelakangan ini, cuaca seperti turut sama memahami, terima kasih Allah.




Oklah...panjang pula ceritanya. Let's jump to our topic, Kek Span: Cream Cheese Topping. Actually dah lama buat, tapi baru ader masa lapang untuk update di blog. Memula tu nak buat Snowy Cheese Cake. Belek punya belek resepi dari internet, eeerrrrmmmm, gaya macam buat kek span cuma topping cheese. So, Lina pun buatlah versi sendiri, resepi Kek Span Oren dan topping cream cheese.
So, inilah yang terhasil...as picture shown. Sekeliling dihiasi dengan butiran coklat bentuk biji kopi.



Seperti biasa, foto by lovely hubby yang dah semakin terror shoot. Oh yer, kami juga telah maju setapak lagi dengan menyediakan pakej Fotografi yang sangat berpatutan. So kepada sesiapa yang berminat, jangan lupa untuk contact kami di phone or fb.

InsyAllah, semuga diberi kelapangan lagi untuk menitipkan sesuatu di laman ini. Alhamdulillah.

Assalam





Apr 1, 2013

Hantaran Majlis Pertunangan: House Chocolate Bar

Assalammualaikum semua readers, lama sungguh tak update blog. Sibuk dengan kerja-kerja seharian sebagai surirumahtangga dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel....;)
This time entry berkaitan coklat bar untuk hantaran pertunangan. Last minute idea...buat bentuk rumah...hihiihhiihihi....empunya pun tak kisah...terpulang katanya...
Tema hantaran adalah hitam dan silver. Let's enjoy the picture...;)

Rumah yang ader 1 pintu dan 2 tingkap sahaja...;)

Rumah terhasil dari 12pcs coklat bar saiz kecik dan 2 pcs coklat bar saiz besar untuk bumbung. Laman pula ditaburi dengan dark coklat bentuk biji kopi dan bubble rice.

Back side view...kami baru pindah rumah...tak tanam aper-aper lagi....;)


Cantik tak rumah kami....;)


Bumbung dari coklat bar large size

Oklah uols...setakat ini sahaja buat kali ini, buat yang nak order jangan segan-segan contact kami yer. Harga bermula daripada RM50 untuk rumah coklat bar ni :)

Assalam.


Suka Kami di Mukabuku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...